Jeff Bezos Ingin Mendermakan Majoriti Kekayaan Untuk Tujuan Amal
Jeff Bezos pada waktu ini ialah manusia kedua terkaya dunia di belakang Elon Musk. Elon Musk menggunakan kekayaan beliau untuk membeli Twitter. Bagaimana pula dengan Bezos? Dalam temuramah bersama CNN, Bezos berkata beliau ingin mendermakan majoriti kekayaan beliau untuk tujuan amal.
Tumpuan akan diberikan kepada tujuan menentang perubahan iklim dan menyokong individu yang akan menyatukan manusia dalam situasi sosial dan politik yang tegang sekarang. Tidak seperti Bill Gates dan Warren Buffet, Bezos tidak menandatangani Giving Plegde yang merupakan ikrar untuk memberikan hampir kesemua harga untuk tujuan awal.
Selepas tidak lagi menjadi CEO Amazon, Bezos menumpukan perhatian kepada badan amal dan pengembaraan ke angkasa lepas menerusi Blue Origin.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment