Apple Mengedarkan Kemaskini iOS 16.1.1 Untuk Membaiki Pepijat
Sejak kebelakangan ini, ramai pengguna iPhone melaporkan pelbagai masalah rawak berlaku pada peranti mereka. Antara yang paling kerap dilaporkan adalah masalah WiFi yang kerap terputus atau tidak stabil.
Kini Apple telah mengedarkan kemaskini baharu untuk pengguna iPhone dan iPad melalui iOS 16.1.1 dan iPadOS 16.1.1 yang membaiki pepijat. Tetapi dalam log perubahan, Apple tidak menjelaskan sama ada kemaskini ini akan membaiki masalah sambungan WiFi yang terputus ini.
Walau bagaimanapun, anda digalakkan mengemaskini ke versi untuk mengelak sebarang masalah berlaku tidak kira pepijat atau kerentanan sekuriti. Tidak lama lagi, Apple akan mengedarkan kemaskini iOS 16.2 pula yang menawarkan ciri-ciri baharu seperti ciri aksesibiliti baharu, widget untuk perubatan, animasi baharu pada Apple Music, membenarkan pengguna mematikan paparan senarai aplikasi terbuka dan dock pada iPad dan beberapa lagi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment