Twitter Menghentikan Label “Official”, Akan Kekal Dengan Calit Biru Untuk Semua Akaun Yang Disahkan
Semalam, Twitter telah memperkenalkan label Official dengan calit putih kecil di bawah nama profil Twitter untuk akaun ahli politik, media, jenama, selebriti, syarikat dan akaun milik kerajaan yang sudah disahkan. Tetapi beberapa jam selepas ia diperkenalkan, label ini dihentikan.
Sebaliknya, semua akaun yang pernah disahkan akan kekal dengan tanda calit biru seperti sebelum ini. Bagi membezakan dengan akaun pengguna biasa yang melanggan Twitter Blue, tanda calit biru ini boleh ditekan. Akaun yang sebelum ini disahkan akan memaparkan deskripsi yang ia adalah akaun rasmi, sementara yang melanggan Twitter Blue akan memaparkan “Akaun ini disahkan kerana ia melanggan kepada Twitter Blue”.
Buat masa ini, Twitter Blue masih belum dilancarkan di Malaysia dan hanya terhad kepada negara terpilih. Sokongan tanda calit biru Twitter Blue juga akan terhad kepada pengguna iOS sahaja buat masa ini, seperti awal pelancaran Twitter Blue dahulu.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment