SPR Mengingatkan Telefon Perlu Ditinggalkan Sebelum Mengundi Pada PRU15
Suruhanjaya Pilihan Raya kini telah mengeluarkan sebuah infografik ringkas berkenaan langkah pengundian pada PRU15 yang dijadualkan pada 19 November 2022 kelak.
Melaluinya, ia diingatkan supaya orang ramai tidak menggunakan telefon ketika melakukan proses pengundian.
Selari langkah tersebut, melalui infografik langkah pengundian, SPR memperlihatkan orang ramai perlu meninggalkan telefon sebelum melakukan proses pengundian, dan seterusnya mengambil ia kembali selepas selesai memasukkan kertas undi dalam Peti Undi.
Dengan langkah ini, ia dilihat akan menjaga lebih privasi dan hak para pengundi pada hari mengundi kelak.
PRU15 bakal diadakan pada 19 November 2022.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment