Hi! Welcome Back and Stay Tune! ASUS Zenbook 14X OLED Dan 14 Flip OLED Kini Dilengkapi Cip Intel Gen-13 Serta Piawaian MIL-STD-810H - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ASUS Zenbook 14X OLED Dan 14 Flip OLED Kini Dilengkapi Cip Intel Gen-13 Serta Piawaian MIL-STD-810H


Bukan sekadar komputer gaming kensel ASUS ROG diberikan kemas kini minggu ini. Malahan komputer kerja elegan di bawah siri ASUS Zenbook 14X OLED dan 14 Flip OLED telah diberikan penaiktarafan komponen yang lebih serasi untuk tahun 2023.

ASUS Zenbook 14X OLED dilengkapi skrin sesentuh 14.5” 16:10 2.8K 120 Hz OLED yang melepasi piawaian warna 100% DCI-P3 dan DisplayHDR 500 True Black. Ini dipadankan dengan cip sehingga Intel Core i9-13900H, GPU NVIDIA GeForce RTX 3050, memori sehingga 32GB LPDDR5, dan storan sehingga 1TB PCIe Gen 4 SSD.

Dengan bateri 70Wh, ASUS mengatakan komputer riba ini boleh bertahan sepanjang hari. Terdapat sokongan pengecasan pantas menerusi port USB-C yang menyokong format pengecasan USB-PD  5-20V. Kemasan tubuh terasa seperti bahan seramik bagi memberikan ia rekanan yang premium. Kesemua ini dimasukkan ke dalam komputer riba seberat 1.5 kg.

ASUS Zenbook 14 Flip OLED dilengkapi skrin sesentuh 14″ 2.8K 16:10 90Hz OLED yang melepasi piawaian warna Pantone, 100% DCI-P3 dan sokongan stylus ASUS Pen 2.0. Ini dipadankan dengan cip sehingga Intel Core i7-1360P, GPU Intel Iris Xe, memori sehingga 16GB LPDDR5, storan sehingga 1TB PCIe 4.0 SSD dan bateri 75Wh.

Skrin boleh diputarkan 360 darjah untuk penggunaan dalam mod tablet. Kamera web yang disertakan turut boleh digunakan untuk sistem nyahkunci menggunakan wajah kerana mempunyai pemancar IR. Walaupun ia dari jenis komputer bolah dilipat, ia masih melepasi piawaian tahan lasak tentera MIL-STD-810. Sistem audio juga menyokong Dolby Atmos menerusi speaker Harman Kardon. Sistem pengecasan USB-C boleh mengisi semula bateri sehingga 60% dalam masa 49 minit.

Harga dan tarikh jualan belum diumumkan pada waktu ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.