Samsung Galaxy A14 5G Kini Rasmi Dengan Kamera 50MP Dan Bateri 5000mAh
Sebuah lagi telefon pintar Samsung di bawah siri Galaxy A diumumkan secara rasmi. Dikenali sebagai Samsung Galaxy A14, ia merupakan sebuah telefon pintar dengan sokongan 5G terbina menerusi sokongan cip MediaTek Dimensity 700.
Ia kemudiannya dipadankan dengan memori 4GB RAM, storan dalaman mencapai 128 GB, ruang mikroSD sehingga 1TB dan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 15W. Kamera swafoto 13MP turut disertakan yang mana lebih baik berbanding 5MP pada Galaxy A13 sebelum ini. Seterusnya, tetapan kamera utama pula terdiri dengan 50MP (utama) + 2MP (kedalaman) + 2MP ( makro).
Kesemua ini telah dimuatkan ke dalam tubuh peranti dengan skrin rata bertakuk kecil bersaiz 6.6-inci IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Kemudian, terdapat beberapa pilihan warna yang disediakan untuk peranti ini seperti Black, Light Green, Dark Red dan Silver.
Tiada maklumat mengenai harga jualan yang didedahkan setakat artikel ini ditulis.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment