Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung SmartThings Station Ialah Hab Pintar Internet Benda Merangkap Pengecas Nirwayar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung SmartThings Station Ialah Hab Pintar Internet Benda Merangkap Pengecas Nirwayar


Di CES hari ini Samsung melancarkan SmartThings Station yang merupakan sebuah hab pintar mengawal pelbagai peranti internet benda (IoT) di rumah, pejabat atau mana-mana lokasi sistem pintar ingin digunakan. Hab ini menyokong ekosistem baharu Matter yang menyeragamkan kesemua sistem IoT sedia ada dengan mudah.

Ia mempunyai sebuah butang rutin fizikal yang boleh diprogramkan untuk mengaktifkan tiga rutin paling kerap digunakan. Misalnya rutin ingin tidur mematikan lampu di seluruh rumah, mengawal kamera litar tertutup, mengaktifkan penggera dan kemudian membunyikan loceng untuk bangun di waktu pagi.

Selain itu ia turut berfungsi sebagai sebuah pengecas nirwayar dengan kuasa maksimum 15W. Bagi pengguna peranti Galaxy, sebuah butang pada SmartThings Station boleh ditekan untuk mencari peranti yang mungkin hilang di rumah. Samsung

SmartThings Station akan dijual di Amerika Syarikat dan Korea terlebih dahulu bermula Januari namun harga belum diumumkan.

✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.