Dell Ingin Berhenti Guna Cip Keluaran China Menjelang 2024
Dell kini dilaporkan merancang untuk menghentikan penggunaan sebarang cip pemprosesan keluaran China, menjelang tahun 2024 kelak. Disamping itu, Dell juga telah meminta para pengeluar untuk mengurangkan pelbagai komponen buatan China pada produk mereka.
Langkah ini dilihat diambil oleh Dell, disebabkan oleh ketegangan dagangan antara China dan Amerika Syarikat.
Sebelum ini, sejumlah pengeluar cip dari China telah disenarai-hitamkan oleh Amerika Syarikat, sekaligus membuatkan pengeluar China melihat kepada sejumlah alternatif lain dalam pembangunan cip, termasuk menyokong pembangunan berasaskan Risc-V.
Selain Dell, ia dikatakan HP juga sedang melihat untuk mengurangkan kebergantungan pengeluaran di China, dan melihat kepada negara lain seperti Vietnam.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment