Hi! Welcome Back and Stay Tune! Qualcomm Snapdragon Satellite Yang Menyokong Telekomunikasi Dua Hala Menggunakan Satelit Diumumkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Qualcomm Snapdragon Satellite Yang Menyokong Telekomunikasi Dua Hala Menggunakan Satelit Diumumkan


Qualcomm telah mengumumkan ciri Snapdragon Satellite yang menyokong telekomunikasi dengan satelit secara dua hala pertama dunia untuk telefon pintar. Pada waktu ini ciri ini telahpun disokong pada peranti yang menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2. Snapdragon Satellite adalah lebih canggih berbanding sistem yang digunakan Apple dan Huawei kerana pada dua sistem ini hanya perhubungan sehala sahaja boleh dilakukan.

Untuk menjayakan sistem Snapdragon Satellite, Qualcomm bekerjasama degan syarikat telekomunikasi satelit terkemuka Iridium. Iridium menghasilkan telefon satelit sejak berdekad lamanya dan mempunyai kepakaran yang diperlukan. Selain digunakan pada telefon pintar, Snapdragon Satellite juga boleh digunakan pada komputer riba, tablet, kenderaan dan peranti internet benda.

Turut akan disokong oleh Snapdragon Satelllite ialah sistem pemesejan kecemasan Garmin Response yang kini digunakan peminat sukan lasak. Sistem Snapdragon Satellite akan disokong pada peranti yang dilancarkan pada H2 2023 dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 terlebih dahulu di pasaran terpilih.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.