Hi! Welcome Back and Stay Tune! WhatsApp Kini Memperkenalkan Ciri Proksi – Membolehkan Anda Kekal Berhubung, Walau Dihalang Akses Ke WhatsApp - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

WhatsApp Kini Memperkenalkan Ciri Proksi – Membolehkan Anda Kekal Berhubung, Walau Dihalang Akses Ke WhatsApp


WhatsApp hari ini mengumumkan sebuah penambahan ciri baharu, iaitu integrasi sambungan melalui proksi.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan para pengguna kekal berhubung dengan menggunakan proksi pelayan yang disediakan oleh sesuatu organisasi di seluruh dunia – terutamanya apabila sambungan ke WhatsApp di halang pada sesuatu negara.

WhatsApp mengatakan langkah ini akan memudahkan pengguna kekal berhubung dengan rakan-rakan, dan pada masa yang sama mengekalkan sekuriti dan penyulitan seperti yang dinikmati pada hari ini – mengelak mesej dibaca oleh sesiapa, termasuk WhatsApp dan juga Meta.

WhatsApp juga mengatakan mereka berharap agar tidak berlaku sebarang halangan pada perkhidmatan internet – seperti mana telah berlaku di Iran untuk beberapa bulan.

Pilihan tetapan proksi ini kini tersedia melalui halaman tetapan WhatsApp versi terkini. Anda hanya perlu ke “Storage and Data”, dan seterusnya memilih “Proxy”. Sekiranya sambungan ke pelayan proksi yang dimasukkan berjaya, sebuah tanda “checkmark” khusus bersebelahan dengannya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.