Hi! Welcome Back and Stay Tune! Galaxy Z Fold5 Dilaporkan Tidak Akan Mempunyai Kesan Lipatan Dan Dilengkapi S Pen Terbina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Galaxy Z Fold5 Dilaporkan Tidak Akan Mempunyai Kesan Lipatan Dan Dilengkapi S Pen Terbina


Isu pada Galaxy Z Fold4 ialah skrin yang masih mempunyai kesan lipatan. Selepas beberapa bulan digunakan, kesan lipatan ini akan menjadi semakin ketara. Ini adalah mengecewakan kerana Find N2, Magic Vs dan Mi Fold2 tidak mempunyai isu yang sama. Menurut laporan terkini dari Korea hujung minggu lalu, isu ini akan diselesaikan pada Galaxy Z Fold5.

Ini dilakukan menerusi mekanisme lipatan yang berbeza. Samsung mempatenkan mekanisme lipatan titisan air yang mirip digunakan oleh Oppo dan Honor pada peranti mereka. Seperkara lagi yang diubah ialah tubuh yang sedikit lebih tinggi berbanding Galaxy Z Fold4. Turut diuar-uarkan ialah kamera dengan sensor yang lebih besar dan lebih penting sekali akhirnya akan mempunyai tempat simpanan S Pen terbina.

Kita masih lagi di bulan Januari dan lazimnya siri Fold dan Flip dilancarkan pada bukan Ogos. Terdapat lebih setengah tahun untuk Samsung memperincikan rekaan akhir peranti skrin boleh-lipat mereka. Yang pasti tahun 2023 akan menjadi lebih mencabar buat Samsung kerana pengeluar dari China mula memasarkan peranti skrin boleh lipat mereka ke peringkat global pada harga lebih mampu milik.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.