Hi! Welcome Back and Stay Tune! Skrin MikroLED Mungkin Akan Digunakan Pada iPhone, iPad Dan Mac - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Skrin MikroLED Mungkin Akan Digunakan Pada iPhone, iPad Dan Mac


Minggu lepas, Apple dilaporkan ingin menghasilkan skrin tersendiri dan ini bermula pada Apple Watch Ultra seawal taun 2024. Skrin yang ingin digunakan adalah mikroLED, iaitu satu teknologi pesaing kepada OLED dengan dakwaan mempunyai jangka hayat lebih lama serta mempunyai kecerahan yang lebih terang.

Dalam laporan Bloomberg, Apple dijangka turut akan menggunakan skrin mikroLED pada iPhone selepas beberapa tahun ia digunakan pada Apple Watch Ultra dan kemudian mungkin turut boleh digunakan pada iPad dan Mac. Dengan langkah ini, Apple tidak lagi perlu bergantung kepada pengeluar skrin seperti Samsung, LG atau BOE.

Untuk skrin mikroLED digunakan pada iPhone, ia mungkin akan berlaku selepas 2024 kerana sebelum ini ada kami laporkan yang BOE akan menjadi pembekal untuk skrin iPhone 15 dan turut mungkin akan menjadi pembekal skrin LTPO untuk iPhone lebih berkuasa. Dengan langkah ini, ia memudahkan lagi Apple mengawal apakah perubahan baharu yang ingin ditawarkan – termasuk mengelak sebarang ketirisan pembangunan kepada umum.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.