LG Dikhabarkan Akan Menjadi Pembekal Skrin MikroLED Apple Watch Ultra
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Apple dikatakan ingin menghasilkan skrin peranti tersendiri. Ini bermula dengan Apple Watch Ultra pada tahun 2024 nanti dan skrin yang Apple ingin hasilkan adalah jenis mikroLED, iaitu pesaing kepada OLED.
MikroLED di atas kertas, mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan tahap kecerahan yang lebih tinggi. Kini terdapat laporan menyatakan, LG mungkin akan menjadi pembekal panel skrin mikroLED kepada Apple untuk digunakan pada Apple Watch Ultra.
Saiz skrin ini dikatakan adalah sebesar 2.1-inci, dan jam Apple Watch Ultra ini hanya akan dipasarkan pada tahun 2025 nanti. Skrin mikroLED ini akan direka sepenuhnya oleh Apple dan dihasilkan oleh LG. Penggunaan mikroLED tidak meluas kerana kos produksi yang tinggi. Dengan Apple akan menggunakan skrin ini secara besar-besaran, adakah kita akan nampak penggunaan panel skrin ini secara lebih meluas? Sana-sama kita nantikan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment