Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Akan Mengaburkan Imej Lucah Dan Sensitif Yang Muncul Dalam Carian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Akan Mengaburkan Imej Lucah Dan Sensitif Yang Muncul Dalam Carian


Kami yakin anda pernah melakukan carian Google Images menggunakan kata kunci “A” tetapi semasa menatal terselit gambar yang jatuh ke dalam kategori lucah. Ini adalah memalukan bagi anda tetapi tidak sepatutnya berlaku kepada kanak-kanak bawah umur. Terdapat pilihan SafeSearch namun kami sedari ramai ibu bapa masih tidak menyedari wujudnya ciri ini pada carian Google.

Bagi mengelakkan imej yang tidak sesuai dipaparkan secara tidak sengaja, Google mengumumkan mereka akan mula mengaburkan imej pada keputusan carian yang boleh dianggap lucah. Ini akan diaktifkan secara lalai kepada semua pengguna walaupun tetapan SafeSearch tidak diaktifkan. Ciri ini walau bagaimanapun boleh dimatikan sekiranya pengguna berusia 18 tahun ke atas. Ia akan diberikan secara berperingkat kepada semua pengguna.

Dalam sampel yang dikongsi, imej kecil pada keputusan carian akan memaparkan kotak hitam dengan notifikasi imej yang dikaburkan ini mengandungi kandungan yang tidak sesuai untuk semua peringkat umur. Ia amat mirip dengan ciri yang telah diberikan oleh Instagram sejak beberapa tahun yang lalu.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.