Hi! Welcome Back and Stay Tune! OnePlus Keyboard 81 Pro Akan Tiba Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OnePlus Keyboard 81 Pro Akan Tiba Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi


Di acara pelancaran OnePlus 11, OnePlus Pad dan OnePlus Buds Pro 2 sebentar tadi, OnePlus akhirnya mendedahkan produk pertama di bawah OnePlus Featuring iaitu OnePlus Keyboard 81 Pro. Papan kekunci ini dikatakan adalah pembangunan bersama di antara pasukan OnePlus dan ahli komuniti.

Masih tiada spesifikasi penuh didedahkan selain menyatakan papan kekunci ini hanya akan tiba pada bulan April nanti. Apa yang menarik, wakil OnePlus Malaysia mengesahkan kepada kami yang OnePlus Keyboard 81 Pro turut akan tiba ke pasaran Malaysia di masa akan datang. Mungkin sama dengan pasaran global, iaitu April.

Papan kekunci ini akan menggunakan tubuh aluminium, mempunyai plat plastik atau akrilik di dalam serta pad busa untuk membisukan setiap klik kekunci serta turut mempunyai penggunaan dwi-gasket. OnePlus Keyboard ini juga dilihat menggunakan suis merah yang mungkin akan ada pilihan suis lain seperti penawaran Keychron. Di belakang turut mempunyai kaki dan suis tukar mod Bluetooth atau USB, suis tukar sambungan Windows atau Mac dan turut menyokong perisian QMK atau VIA. Tombol turut disertakan, kerana ciri ini adalah sohor ini di kalangan peminat papan kekunci kustom.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.