Microsoft Memperkenalkan Bing Dengan Integrasi Kecerdasan Buatan
Micrososft hari ini melangkah setapak kehadapan, dan memperkenalkan kemaskini pada enjin carian Bing mereka dengan mengintegrasikan kecerdasan buatan yang dikuasakan teknologi OpenAI terkini yang lebih baik berbanding ChatGPT sedia ada.
Microsoft dilihat menggunakan sokongan GPT-4.0 untuk menguasakan enjin carian Bing ini – sekaligus menawarkan hasil yang lebih pantas dan tepat berbanding ChatGPT sedia ada. Malah pengalaman pada Bing lebih baik memandangkan ChatGPT hanya terhad kepada data sehingga 2021 lepas sahaja, sementara pada Bing ia menggunakan data lebih terkini.
Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan enjin carian Bing memaparkan hasil carian dan jawapan yang lebih baik kepada pengguna berbanding sebelum ini. Pengguna juga turut boleh bertanyakan sejumlah persoalan lain, dan menerima jawapan yang sesuai untuknya.
Sebagai enjin carian juga, Bing akan memaparkan pautan sumber pada penghujung sesuatu info atau perkongsian untuk membolehkan pengguna mendapatkan informasi lanjut berkaitan dengan sesuatu perkara. Ini berbeza dengan ChatGPT yang tidak memaparkan sebarang sumber kepada pengguna.
Buat masa ini, Bing generasi baharu telah pun diperkenalkan melalui desktop – tetapi masih terhad kepada pengguna. Orang ramai boleh mendaftarkan diri pada halaman Bing baharu dalam menggunakannya apabila ia tersedia meluas kelak.
Bersama pengenalan pada Bing, Microsoft juga turut memperkenalkan integrasi kecerdasan buatan OpenAI ini pada pelayar web Microsoft Edge. Sebuah bahagian tepi disediakan yang membolehkan anda bertanyakan sejumlah perkara ketika melayari web – sekaligus memudahkan sejumlah tugasan, termasuk menuliskan perkongsian di LinkedIn, melakukan rumusan sesuatu perkara, dan sebagainya.
Dengan pengenalan kedua-dua ini sebagai permulaan, mungkin kita akan melihat integrasi lebih banyak kecerdasan buatan pada produk-produk Microsoft tidak lama lagi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment