Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini Mungkin Rekaan Dan Butiran Jam Tangan Pintar Garmin Forerunner 965 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini Mungkin Rekaan Dan Butiran Jam Tangan Pintar Garmin Forerunner 965


Garmin Forerunner 955 sebelum ini diumumkan dengan panel solar terbina yang bantu meningkatkan ketahanan bateri sehingga 10 hari. Hal ini bukan sahaja memudahkan, malahan bantu menghilangkan kerisauan pengguna sekiranya kehabisan bateri. Forerunner 955 boleh dibeli di Malaysia dengan harga bermula RM2,470 tanpa panel solar, kemudian meningkat RM2,970 dengan panel solar terbina.

Dalam perkembangan terkini, muncul seutas jam tangan akan datang Garmin yang dipercayai sebagai Forerunner 965. Ia ditemui tersenarai lebih awal menerusi satu kedai atas talian di Vietnam, tetapi masih belum diumumkan secara rasmi. Ia menunjukkan seutas jam tangan dengan panel AMOLED yang besar berbanding generasi sebelum ini.

Ini dipadankan dengan sokongan resolusi lebih tinggi 416 X 416 piksel yang dimuatkan dalam tubuh sebesar 1.4-inci. Kemudian terdapat juga pelbagai fungsi kecergasan dan kesihatan terbina seumpama yang diberikan pada sejumlah variasi jam tangan Garmin sedia ada.

Kapasiti bateri pula mungkin lebih kecil, tetapi Garmin dipercayai memanjangkan ketahanan sehingga 23 hari pada mod jam tangan pintar. Ia kemudiannya berkurang menjadi 31 jam dengan mod GPS. Tiada maklumat lanjut mengenai tarikh pelancaran dan harga jualan rasmi yang diketahui setakat ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.