Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sony WH-CH720N Dan WH-CH520 Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM229 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sony WH-CH720N Dan WH-CH520 Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM229


Sony sekali lagi hadir dengan dua fon kepala nirwayar baharu menerusi WH-CH720N dan WH-CH520. Kedua-dua hadir dengan ciri yang sama seperti WH-1000XM5 tetapi ditawarkan pada harga yang tidak merobek poket.

Bagi yang berminat, kedua-duanya sudah mula tersedia di Malaysia dengan harga RM229 untuk Sony WH-CH520. Sementara itu, Sony WH-CH720N pula berharga RM649 untuk satu set lengkap. Ketersediaannya bermula 1 Mac hadapan menerusi laman web rasmi Sony Malaysia.

Untuk spesifikasi, WH-CH720N ialah model yang lebih mercu di antara dua model baharu ini. Ia dilengkapi cip V1 dan Dual Noise Sensor yang digunakan pada XM5. Dengan ini WH-CH720N menawarkan ciri pembatalan hingar aktif ANC yang baik dan pada waktu yang sama dengan kualiti yang tinggi dibantu oleh sistem Digital Sound Enhancement Engine (DSEE).

Sementara itu, WH-CH520 pula ialah model lebih asas tanpa ANC tetapi hadir dengan Digital Sound Enhancement Engine (DSEE) untuk meningkatkan kualiti audio. Tanpa sistem kompleks ia boleh beroperasi sehingga 50 jam dengan sekali caj.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.