Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Perkenal Ciri Guna Kecerdasan Buatan Untuk Jana Suara Pengguna, Dan Jawab Panggilan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Perkenal Ciri Guna Kecerdasan Buatan Untuk Jana Suara Pengguna, Dan Jawab Panggilan


Samsung melalui Bixby sedia perkenal sebuah ciri yang mengubah panggilan suara kepada teks, dan turut memudahkan pengguna memberikan respon dalam bentuk teks tanpa perlu menjawab panggilan. Teks yang dihantar seterusnya akan dibacakan kepada pemanggil melalui sokongan kecerdasan buatan.

Ciri ini kebiasaannya digunakan ketika pengguna dalam mesyuarat dan sebagainya, yang membuatkan mereka tidak boleh respon kepada panggilan suara. Dengan ciri Bixby Text Call ini, pengguna boleh menaipkan sesuatu mesej, dan kecerdasan buatan membacakan mesej tersebut kepada pemanggil.

Menariknya, ciri yang dinamakan sebagai Bixby Text Call berkenaan kini ditambah-baik, dan Samsung kini membolehkan pengguna klon akan suara, dan apabila kecerdasan buatan berkenaan membacakan teks yang di input oleh anda kepada pemanggil, maka pemanggil akan mendengarnya dalam suara anda.

Samsung mengatakan ciri ini dijayakan melalui teknologi Bixby Custom Voice Creator, dimana pengguna perlu membaca sejumlah ayat berbeza kepada Bixby, yang seterusnya akan dianalisa dan dijana sebuah salinan suara dan tona seseorang pengguna.

Seterusnya, apabila ciri Bixby Text Call digunakan, maka Bixby akan membacakan pelbagai teks yang diinput kepada pemanggil dalam suara pengguna tersebut.

Apa pun, buat masa ini, ia terhad dalam bahasa Korea sahaja. Samsung menyasarkan ia akan diperluaskan ke bahasa lain, disamping penggunaannya meluas meliputi perkara lain selain panggilan suara.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.