Hi! Welcome Back and Stay Tune! FreeYond Bakal Memasuki Pasaran Malaysia – Satu Lagi Jenama Telefon Dari China - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FreeYond Bakal Memasuki Pasaran Malaysia – Satu Lagi Jenama Telefon Dari China


FreeYond, salah satu jenama telefon dari China kini menyatakan hasrat bakal memasuki pasaran Malaysia. FreeYond dikatakan mengambil inspirasi nama melalui dua perkataan Inggeris, iaitu Freedom dan juga Go Beyond.

FreeYond bakal melancarkan beberapa produk di Malaysia, termasuk dua telefon pintar, FreeYond M5 dan FreeYond F9, dua jam tangan pintar, FreeYond Watch F1 dan FreeYond Watch S1, termasuk satu fon telinga nirwayar, FreeYond Pods 1.

#image_title

Kemasukkan ke Malaysia ini adalah selepas pelaburan yang diterajui oleh Datuk Chai Woon Chet berjumlah hampir 100 juta Yuan disuntik ke FreeYond. FreeYond sendiri merupakan sebuah syarikat yang masih baharu, dan telah ditubuhkan pada Jun 2022 lepas.

Dari segi penawaran, ia dilihat menyediakan spesifikasi dan penawaran asas. Kedua-dua model telefon pintar dikuasakan cip Unisoc. Tiada maklumat lagi berkaitan dengan jam tangan pintar, sementara fon telinga pula dilihat hadir dengan penggunaan bateri sehingga 30 jam lamanya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi FreeYond di Malaysia pada minggu hadapan, dalam mengetahui lanjut berkenaan produk-produk yang ditawarkan, termasuk harga jualannya kelak.

The post FreeYond Bakal Memasuki Pasaran Malaysia – Satu Lagi Jenama Telefon Dari China first appeared on Amanz.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.