OpenAI Mengumumkan GPT-4 – Model AI Generasi Baharu Yang Lebih Cerdas Dan Kreatif
OpenAI merupakan pembangun disebalik model bahasa yang digunakan pada kecerdasan buatan yang dibangunkan mereka, ChatGPT. Teknologi disebaliknya berasaskan kepada model GPT (Generative Pretrained Transformer), dan kini versi GPT-4 diperkenalkan secara rasminya.
GPT-4 membawakan kebolehan menyelesaikan pelbagai masalah dan persoalan dengan kadar kejituan lebih tinggi. GPT-4 juga boleh membantu dalam tugasan kreatif seperti menulis lagu, menulis skrip, malah turut mempelajari corak penulisan seseorang. OpenAI menyatakan ia kini menghasilkan jawapan lebih “selamat” dan berguna kepada pengguna.
Dengan kemaskini ini juga, GPT-4 menawarkan kebolehan output sehingga 25,000 patah perkataan, berbanding sebelum ini yang terhad kepada 3000 patah perkataan. Ini sekaligus membolehkan ia digunakan dalam pelbagai tujuan secara lebih meluas.
Menariknya juga, kini GPT-4 menawarkan sokongan input secara visual, serta menawarkan analisa untuk sesuatu gambar atau visual yang disertakan.
Jikalau dibandingkan dengan ChatGPT berasaskan GPT-3.5, pihak OpenAI menyatakan ia mencatatkan skor lebih tinggi dari segi pelbagai ujian, termasuk kadar kejituan, dan kebolehan menyelesaikan tugasan yang kompleks.
OpenAI menyatakan kini GPT-4 digunakan oleh beberapa perkhidmatan, termasuk Duolingo dan Khan Academy. Bagi para pengguna pula, boleh mengakses GPT-4 ini melalui ChatGPT Plus (versi berbayar) buat masa ini. Pengenalan meluas pada ChatGPT versi percuma tidak diketahui lagi.
The post OpenAI Mengumumkan GPT-4 – Model AI Generasi Baharu Yang Lebih Cerdas Dan Kreatif first appeared on Amanz.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment