Mark Zuckerberg Akan Buang 10,000 Pekerja Dalam Usaha Menjadikan Meta Lebih Efisien
Mark Zuckerberg kini mengumumkan Meta, syarikat disebalik Facebook dan Instagram akan membuang 10,000 pekerja dalam usaha untuk menjadikan syarikat Meta lebih efisien lagi pada tahun ini.
Pengumuman ini hadir selepas pada November 2022 lepas, Mark Zuckerberg mengurangkan angka pekerja mereka seramai 11,000 orang.
Melalui pengumuman baharu ini juga, Mark Zuckerberg turut mengatakan mereka akan menutup 5000 jawatan yang tidak dipenuhi lagi setakat ini.
Meta juga akan melalui penstrukturan semula, termasuk memfokuskan kepada menjadikan organisasi mendatar, serta membatalkan sejumlah projek yang bukan keutamaan. Perkongsian baharu ini hadir selepas Meta turut membatalkan integrasi NFT pada platform mereka.
The post Mark Zuckerberg Akan Buang 10,000 Pekerja Dalam Usaha Menjadikan Meta Lebih Efisien first appeared on Amanz.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment