Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nothing Phone (2) Disahkan Akan Dijana Cip Mercu Dibawah Siri Snapdragon 8 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nothing Phone (2) Disahkan Akan Dijana Cip Mercu Dibawah Siri Snapdragon 8


Nothing hari ini mengadakan sebuah acara khas di Mobile World Congress, dan turut berkongsi menyatakan mereka akan hadir dengan Nothing Phone (2) pada 2023 ini.

Nothing turut mengambil peluang bersama pengeluar cip Qualcomm dalam mengumumkan kerjasama, dan menyatakan Nothing Phone (2) akan dikuasakan cip mercu yang hadir dibawah siri Snapdragon 8.

Dengan langkah ini, ia membawa kepada perbezaan mendadak dari segi tenaga pemprosesan berbanding generasi pertama telefon berkenaan.

Pada hari ini, cip terkini Qualcomm adalah Snapdragon 8 Gen 2 yang sedia digunakan pada beberapa peranti. Tidak diketahui lagi sama ada Nothing akan menggunakan cip ini, atau cip generasi akan datang Qualcomm.

Penggunaan cip ini juga mungkin secara tidak langsung akan meningkatkan lagi harga jualan telefon oleh Nothing.

Buat masa ini, ia tidak dinyatakan lagi bilakah Nothing Phone (2) akan dilancarkan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.