Hi! Welcome Back and Stay Tune! Program JUMPSTARTER 2023 Diumumkan Alibaba Entrepreneurs Fund  – Menawarkan Dana  1 Juta HKD Untuk Pemenang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Program JUMPSTARTER 2023 Diumumkan Alibaba Entrepreneurs Fund  – Menawarkan Dana  1 Juta HKD Untuk Pemenang


Salah satu cara startup untuk mendapatkan dana dan juga populariti adalah dengan cara menyertai sebanyak mungkin program pemecut, program pembentangan (pitching) atau terus menyertai pembentangan di peringkat antarabangsa. Alibaba yang bukan sahaja terkenal menerusi produk mereka, turut menyediakan dana menerusi program Alibaba Entrepreneurs Fund.

Alibaba Entrepreneurs Fund merupakan satu inisiatif yang dilancarkan Alibaba Group sejak tahun 2015 bagi mencari startup baharu yang bergiat dalam inovasi dan teknologi. Malah menerusi dana ini juga, mereka mencari startup yang turut ingin berpangkalan di Hong Kong, dengan sasaran untuk menembusi pasaran China.

Lebih menarik lagi, untuk tahun lepas salah satu startup dari Malaysia iaitu Food Market Hub telah disenaraipendek dalam 10 startup teratas, yang mana mereka hadir dengan solusi pendigitalan operasi restoran dan menghubungkan mereka dengan pembekal secara terus, bagi mengurangkan pembaziran makanan dan memudahkan pembayaran bagi pemilik restoran.

Untuk tahun kedua ini, program JUMPSTARTER 2023 akan menawarkan wang tunai 1 Juta HKD (~ RM 569,000) untuk pemenang pertama, dan 30 startup teratas akan turut mempunyai peluang dalam merebut dana pelaburan sehingga USD 5 Juta (~RM 22 Juta). Sebanyak 8 industri disasarkan, termasuklah dua industri yang baru ditambah untuk tahun ini iaitu Biotech dan Web 3.

Startup yang berminat boleh mula menghantar penyertaan sehingga 14 Mei 2023, dengan penyenaraian pendek 100 startup teratas akan diumumkan pada bulan Jun 2023. 30 Startup akan disenarai pendek pada September 2023 bagi melakukan pembentangan (pitching) sekitar bulan November 2023.

Sekiranya anda startup yang ingin menembusi pasaran China, anda boleh menjadikan program JUMPSTARTER 2023 ini sebagai batu loncatan bagi mengembangkan sayap startup anda.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.