Hi! Welcome Back and Stay Tune! vivo V27e Beri Aura Baharu Untuk Kandungan Media Sosial Anda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

vivo V27e Beri Aura Baharu Untuk Kandungan Media Sosial Anda


Kita seringkali didedahkan dengan penyataan bahawa menjadi pencipta kandungan di media sosial seperti TikTok dan Instagram, mampu memberikan pulangan yang lumayan. Namun sekiranya anda berminat untuk menceburi bidang ini, anda pasti memerlukan peralatan yang mampu memberikan kandungan berkualiti untuk bersaing dengan pencipta kandungan yang lain. Oleh itu, vivo kini bakal kembali dengan siri V terbaharu iaitu vivo V27e, yang dilihat sebagai peranti yang perlu anda miliki sekiranya ingin mencapai impian sebagai seorang pencipta kandungan.

Apa Yang Baharu Dengan Siri Ini?

Menurut vivo, siri vivo V27e terbaharu ini merupakan peranti pertengahan yang cukup menarik dan sesuai digunakan bagi tujuan bergambar, lebih-lebih lagi untuk menghasilkan kandungan media sosial. Pihak vivo juga telah menambah baik beberapa ciri untuk siri ini seperti sistem kamera, bagi membantu pengguna mendapatkan hasil gambar dan rakaman yang lebih memukau.

1. Rekaan Buat Mereka Yang Sukakan Nilai Estetik

vivo V27e kali ini hadir dengan rekaan yang agak estetik, dimana ia menawarkan warna pastel Lavender Purple dan kerangka badan peranti ini pula dihiasi dengan corak yang diinspirasikan oleh bulu burung merak. Bukan itu sahaja, peranti ini turut memberikan kesan Fluorite AG yang memberikan pantulan dan kilauan cahaya yang lebih cantik pada kerangkanya. Dari segi rekaan pula, vivo V27e ini mempunyai ketebalan 7.69mm iaitu 1.2mm lebih nipis daripada siri V yang sebelumnya. Ini menjadikan peranti ini lebih selesa dipegang, dimuatkan dalam poket dan digunakan untuk kegunaan harian. 

2. Aura Gambar Lebih Jelas Dengan Sistem Kamera Menawan

Siri terbaharu vivo kali ini dilihat lebih menekankan kepada sistem kamera yang lebih berprestasi berbanding siri siri sebelumnya. vivo V27e dilengkapi dengan kamera utama yang menggabungkan 64MP+2MP+2MP. Gabungan ketiga tiga kamera ini menjadikan setiap gambar terutamanya pemandangan waktu malam lebih berkualiti, tajam dan terperinci.

Fungsi ini turut dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam fungsi Potrait Mode dan Low Light Potrait, dimana ia bakal menawarkan pencahayaan setaraf pencahayaan studio, seterusnya memberikan imej jelas dengan pewarnaan yang menonjol dan sekata. Fungsi Bokeh dan Outstanding Face Beauty juga turut dapat berfungsi dengan lebih baik, sekiranya anda menggunakan Aura Light Potrait ini. Dengan memiliki vivo V27e ini, ia seperti membeli telefon pintar bersama “Ring Light” terbina. Jadi, ia sedikit sebanyak membantu pencahayaan jika anda ingin membuat penstriman, vlog atau apa-apa kandungan di media sosial dalam apa jua situasi pencahayaan persekitaran. 

Jika anda gemar menangkap gambar swafoto, vivo V27e ini juga didatangkan dengan kamera hadapan 32MP HD Selfie. Ia berfungsi untuk memastikan setiap gambar swafoto anda berada dalam keadaan fokus dan tajam. Turut melengkapkan fungsi kamera V27e ini adalah kepelbagaian mod bergambar dan penuras yang terbina seperti Flash Potrait dan Party Potrait. Ini sekaligus memberikan anda lebih ruang bagi mengekspresikan kreativiti dan personaliti anda dalam menghasilkan pelbagai kandungan di media sosial. 

Gambar diambil menggunakan vivo V27e

Jika anda gemar menangkap gambar swafoto, vivo V27e ini juga didatangkan dengan kamera hadapan 32MP HD Selfie. Ia berfungsi untuk memastikan setiap gambar swafoto anda berada dalam keadaan fokus dan tajam. Turut melengkapkan fungsi kamera V27e ini adalah kepelbagaian mod bergambar dan penuras yang terbina seperti Flash Potrait dan Party Potrait. Ini sekaligus memberikan anda lebih ruang bagi mengekspresikan kreativiti dan personaliti anda dalam menghasilkan pelbagai kandungan di media sosial. 

Gambar diambil menggunakan vivo V27e

3. Spesifikasi Cukup Baik Untuk Kegunaan Harian Anda

Menjadi seorang pencipta kandungan mahupun pempengaruh pasti memerlukan anda menangkap gambar atau membuat rakaman yang banyak. Jadi, tentu sekali anda memerlukan storan peranti yang besar bagi menyimpan semua ini bukan? Oleh itu, vivo V27e ini dilengkapi dengan storan 8GB RAM dengan 256GB ROM. Namun, sekiranya ia masih tidak mencukupi, anda boleh perluaskan lagi storan sehingga 8GB bagi memenuhi keperluan anda.

Memuatkan bateri sebesar 4600mAH yang tahan lama, vivo V27e juga turut disokong dengan pengecasan pantas 66W FlashCharge yang dapat mengecas peranti dari 0% hingga 50% dalam masa 18 minit sahaja. Turut memberi nilai tambahan pada prestasi bateri adalah penawaran fungsi Ultra Long Standby, yang membantu memanjangkan jangka hayat bateri peranti dan seterusnya memberikan anda pengalaman penggunaan optimum dalam tempoh jangka masa yang lama. 

Peranti ini juga turut dilengkapi dengan sistem visual yang cukup imersif, menggunakan paparan 120Hz Sunlight AMOLED Display, dimana ia memberikan kualiti tontonan yang lancar dan jelas walaupun dalam keadaan persekitaran yang terang melampau. Bukan itu sahaja, dari segi audio, peranti ini turut didatangkan dengan All Round Audio Enhancement yang menyediakan pengalaman dan kualiti audio lebih baik.

Pengalaman bermain permua juga turut dapat dipertingkatkan dengan sistem penyejukan peranti mereka sendiri, yang memberikan daya penyejukkan kepada peranti apabila bermain permua dalam jangka masa yang lama. Game Boost Mode, 4D Game Vibration dan Motion Control juga turut tersedia untuk memberi ruang kepada anda dalam menikmati visual terbaik ketika bermain permua kegemaran. 

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, vivo V27e ini akan memenuhi keperluan dan kemahuan anda jika anda seorang yang mementingkan nilai estetik dan dalam masa yang sama mempunyai spesifikasi memuaskan untuk sebuah telefon pintar. Kebolehan kamera vivo V27e ini juga dilihat mampu memberi pelbagai fungsi penggambaran untuk dicuba oleh anda.

Selain itu, kemasan dan warna peranti menjadikan vivo V27e ini kelihatan lebih elegan. Prestasi peranti juga adalah memuaskan, dimana ia dilengkapi dengan pelbagai sistem merangkumi aspek audio dan visual. Tidak dilupakan juga, prestasi bateri yang tahan lama, dilengkapi dengan pengecasan pantas 66W FlashCharge, menjadikan peranti ini berbaloi untuk dimiliki. 

Akhir kata, vivo V27e merupakan peranti yang perlu anda miliki sekiranya ingin mencapai impian sebagai seorang pencipta kandungan. Bagi yang berminat, vivo V27e boleh didapati pada harga bermula RM1299 hari ini menerusi pengedar-pengedar rasmi vivo di seluruh Malaysia, kedai atas talian rasmi vivo di Lazada, Shopee, dan TikTok dimana anda juga berpeluang untuk menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM666.

Antara hadiah yang anda boleh dapat adalah seperti Smart Tag, pembesar suara Bluetooth, perlindungan peranti dengan jaminan 1+1 yang dilanjutkan bernilai RM199 dan pelindung skrin bernilai RM299. Oleh itu, jadi yang terawal memiliki vivo V27e ini kerana tawaran hadiah eksklusif ini hanya berlangsung bermula 4 Mac sehingga 3 April sahaja sementara stok masih ada.

Penafian : Advertorial daripada vivo Malaysia



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.