Hi! Welcome Back and Stay Tune! Permohonan Neuralink Memulakan Ujian Implan Otak Pada Manusia Ditolak FDA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Permohonan Neuralink Memulakan Ujian Implan Otak Pada Manusia Ditolak FDA


Neuralink ialah syarikat implan pada otak yang ditubuhkan oleh Elon Musk. Sejak teknologi implan ini diumumkan pada tahun 2017, Musk beberapa kali berkata ujian klinikal ke atas manusia akan disegerakan. Setakat ini ia hanya dilakukan ke atas haiwan seperti khinzir dan monyet. Menurut laporan Reuters, pihak FDA di Amerika Syarikat telah menolak permohonan Neuralink untuk memulakan ujian ke atas manusia.

Menurut beberapa kakitangan yang dihubungi Reuters, FDA meminta Neuralink menyelesaikan pelbagai isu terlebih dahulu sebelum ujian boleh dimulakan. Antaranya mengenai faktor keselamatan bateri Li-ion yang digunakan, risiko wayar implan pergi ke kawasan otak yang lain dan lebih penting sama ada implan boleh dicabut tanpa mencederakan otak pemakai.

Sasaran Neuralink ialah menghasilkan implan yang boleh mengembalikan kemampuan berjalan kepada insan yang lumpuh, mengembalikan ingatan pada pesakit strok, mendengar muzik terus ke kepala dan melakukan perhubungan seakan telepati antara manusia. Musk pernah berkata ia boleh dilihat sebagai Fitbit untuk otak.

Walaupun berkali-kali Musk berkata ujian akan dimulakan ke atas manusia pada tahun ini, Neuralink hanya meminta kebenaran pada FDA pada pertengahan tahun 2022. Syarikat telahpun disiasat oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat kerana dakwaan penderaan haiwan di makmal. Sebanyak 1500 haiwan dilaporkan mati sejak Neuralink memulakan ujian pada tahun 2018. Haiwan yang digunakan adalah khinzir, monyet, kambing biri-biri, dan tikus. 



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.