Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siri Xiaomi 13 Habis Dipratempah Di Malaysia – Jualan Terbuka Bermula 8 Mac - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siri Xiaomi 13 Habis Dipratempah Di Malaysia – Jualan Terbuka Bermula 8 Mac


Xiaomi kini mengumumkan bahawa barisan peranti mercu baharunya iaitu siri Xiaomi 13 telah habis dipratempah sejak dilancarkan pada 27 Februari yang lalu. Hal ini dikongsi oleh Xiaomi Malaysia sendiri menerusi akaun media sosial rasminya sebentar tadi. Dalam entri berkenaan, Xiaomi mengucapkan terima kasih kepada para pengguna setia kerana sentiasa memberikan sokongan. Pada masa sama, Xiaomi memaklumkan jualan terbuka untuk peranti-peranti ini akan bermula pada 8 Mac hadapan dan terdapat kejutan menarik yang disediakan buat pengguna kelak.

Untuk makluman, terdapat dua variasi berbeza peranti yang telah diumumkan di bawah siri Xiaomi 13 tempoh hari. Ianya terdiri dengan Xiaomi 13 yang dijual pada harga RM3499 (12GB/256GB). Sementara itu, Xiaomi 13 Pro pula dijual pada harga RM4599 untuk model 12/256GB dan RM5999 untuk model 12/512GB.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.