WhatsApp Bakal Menambah Ciri “Newsletter” Untuk Memudahkan Pengguna Ikuti Pelbagai Topik Kegemaran
WhatsApp sedia menambah beberapa ciri-ciri menarik pada aplikasi permesejan mereka, seperti WhatsApp Katalog untuk menjual barangan, WhatsApp Status untuk perkongsian status yang hilang dalam 24 jam, serta beberapa lain.
Terbaru, WhatsApp juga sedang membangunkan sebuah ciri baharu dinamakan “Newsletter”.
Seperti ramai sedia maklum, fungsi “newsletter” membolehkan pengguna memasukkan emel di sesuatu laman dan menerima pelbagai kemaskini melaluinya. Ia berfungsi berbentuk sebagai buletin mengikut apa yang anda gemarkan, dan kekal mengikuti perkembangan terus melalui inbox emel anda.
Kini, WhatsApp dilihat ingin mengubah perkara tersebut, dan memudahkan pengguna kekal mengikuti pelbagai perkembangan menggunakan aplikasi permesejan tersebut.
Buat masa ini, bagaimanakah ia akan diimplementasi masih tidak diketahui. Tetapi, sekiranya ia berjaya dilaksanakan dengan baik, maka Meta mungkin boleh menebus kembali kekalahan mereka dengan Bulletin sebelum ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment