Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rekaan Konsep Pico 4 Pro Diperlihatkan di GDC 2023 – Mungkin Hadir Dengan Kemasan Pilihan Pengguna - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rekaan Konsep Pico 4 Pro Diperlihatkan di GDC 2023 – Mungkin Hadir Dengan Kemasan Pilihan Pengguna


Acara Game Developers Conference merupakan acara tahunan yang menghimpunkan pelbagai penggiat industri gaming, baik dari studio pembangun, jenama aksesori, dan juga penyedia infrastruktur serta pelbagai lagi. Salah satu jenama yang semakin bergiat dalam gaming adalah Pico yang menawarkan set kepala realiti maya sejak tahun 2015.

Kini menjengah tahun 2023, Pico yang kini dimiliki Bytedance telah memberikan saingan sengit kepada set kepala realiti maya yang lain, kerana ia ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding yang lain. Di acara Game Developer Conference ini, mereka telah mempamerkan rekaan konsep Pico 4 Pro di reruai mereka. 

Jika dilihat pada rekaan konsep Pico 4 Pro ini, ia saling tidak tumpah sama seperti Pico 4 yang baru dijual November 2022 namun memperlihatkan beberapa kelainan terutama dari segi kemasan, warna dan juga penggunaan bahan. Untuk setiap komponen yang terdapat pada peranti ini, terdapat sehingga 8 variasi konsep yang dipamerkan.

Dari segi kemasan dan warna, mungkin tidak merubah sebarang penggunaan untuk peranti namun dari segi bahan yang digunakan, terdapat beberapa pilihan yang mungkin bakal tersedia untuk pengguna. Seperti contoh untuk kusyen muka pengguna, terdapat tiga konsep bahan untuknya. Malah terdapat bahan yang menggunakan bahan cetakan 3D yang mempunyai pelbagai rongga, sekaligus boleh membantu pembebasan haba dari kulit. 

Terdapat juga penggunaan bahan yang boleh menyerap peluh muka pengguna, dan gabungan bahan yang boleh menyelesaikan masalah peluh muka dan haba dari pengguna. Ini juga sejajar dengan idea Pico yang mahu pengguna berasa selesa sewaktu menggunakan set kepala realiti maya mereka.

Selain dari itu, terdapat juga kemasan menggunakan krom (chrome) yang tampak ranggi dan menyerlah. Terdapat juga pilihan kusyen muka yang membawakan warna oren cerah, seolah-olah gogal menyelam. Beberapa bahan penyendal belakang kepala turut dipamerkan, memberikan idea yang mungkin Pico 4 Pro ini boleh dikustomasi pengguna. 

Buat masa ini tiada sebarang petunjuk bilakah Pico 4 Pro ini akan mula dijual di pasaran, atau apakah kepelbagaian rekaan dari segi warna, bahan, dan kemasan ini bakal boleh dipilih pengguna namun melihatkan sambutan peserta acara GDC untuknya, mungkin kita dapat melihat peranti realiti maya ini diumumkan penjualannya pada tahun ini. 



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.