Hi! Welcome Back and Stay Tune! Twitter Blue Kini Dilancarkan Untuk Semua Pengguna Global - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Twitter Blue Kini Dilancarkan Untuk Semua Pengguna Global


Twitter Blue kini boleh dilanggan semua pengguna Twitter tidak kira dimana mereka berada. Pelancaran perkhidmatan ini dilakukan secara berperingkat dengan ia hanya ditawarkan di Malaysia beberapa minggu yang lalu.

Menerusi Blue, pengguna akan mendapat pengesahan calit biru pada nama, kemampuan menyunting ciapan yang dihantar, menghantar ciapan lebih 1000 aksara, pengurangan iklan, kustomasi aplikasi dan kustomasi ikon aplikasi. Setakat ini ciri pengurangan iklan masih lagi belum diaktifkan. Elon Musk juga berkata perkongsian keuntungan iklan juga akan dikongsi dengan pelanggan Blue tetapi ciri ini juga belum kelihatan.

Twitter Blue ditawarkan pada harga RM35 sebulan atau RM369 setahun apabila dilanggan melalui web. Harga langganan adalah lebih tinggi apabila dilanggan melalui aplikasi iPhone atau Android. Sekiranya melanggan melalui Android dan iPhone, ia mencapai harga RM50 sebulan, atau RM519.90 setahun.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.