Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Watch GT Cyber Boleh Dipratempah Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM999 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Watch GT Cyber Boleh Dipratempah Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM999


Huawei hadir dengan penawaran jam tangan pintar baharu buat pengguna di Malaysia menerusi Watch GT Cyber. Ia menarik dengan mekanisme jam boleh ditanggalkan seumpama seutas Casio G-Shock GA-B001. Bagi yang berminat, harga jualan bermula RM999 untuk Sport Edition Midnight Black dan RM1,099 pula Urban Edition Golden Black. Sesi pratempah telah dibuka sehingga 14 April 2023 secara eksklusif melalui Urban Republic. Seterusnya, ia turut boleh dibeli di kedai rasmi bermula pertengahan April akan datang.

Huawei Watch GT Cyber menggunakan skrin AMOLED sesentuh sebesar 1.32-inci (466 X 466 piksel). Ia juga boleh melakukan penjejakan nadi, sistem GPS, mengesan pola tidur, menjejak aktiviti sukan. Kemudian, sokongan pembesar suara dan mikrofon terbina pula membolehkan panggilan dilakukan apabila perlu. Sistem operasi HarmonyOS turut digunakan tetapi peranti boleh ditambat pada telefon pintar HarmonyOS, Android dan iOS. Seterusnya ia juga mempunyai bateri 292mAh yang boleh bertahan sehingga 7 hari dan melepasi pelindungan kalis air 5ATM.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.