Kertas Putih Bitcoin Dilihat Tersembunyi Dalam Sistem Operasi Apple macOS
Pada setiap sistem operasi, terdapat sejumlah fail yang tersembunyi yang tidak diakses atau diperlihatkan kepada pengguna. Menariknya, kini salah satu fail ditemui di setiap versi sistem operasi Apple, versi macOS Catalina dan terkini – iaitu kertas putih Bitcoin yang awal.
Bagi pengguna yang menggunakan macOS Catalina dan terkini, anda hanya perlu membuka Terminal, dan seterusnya menjalankan arahan dibawah;
open /System/Library/Image\ Capture/Devices/VirtualScanner.app/Contents/Resources/simpledoc.pdf
Ia seterusnya akan membuka kertas putih Bitcoin. Percubaan kami sendiri menggunakan sistem operasi macOS terkini, turut memperlihatkan ketersediaan dokumen tersebut dalam sistem operasi Mac Ventura.
Kertas putih ini dilihat digunakan sebagai dokumen contoh pada ‘Virtual Scanner II’.
Buat masa ini, ia masih misteri kenapa terdapatnya dokumen kertas putih Bitcoin dalam Apple yang digunakan sebagai dokumen contoh – dan bukannya dokumen-dokumen lain.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment