Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Memotong Pengeluaran Cip Selepas Pendapatan Q1 2023 Menjunam 96% - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Memotong Pengeluaran Cip Selepas Pendapatan Q1 2023 Menjunam 96%


Beberapa tahun yang lalu Samsung memintas Intel sebagai pengeluar cip terbesar dunia. Kebangkitan Samsung sebagai pengeluar cip menjana pendapatan yang besar kepada syarikat kerana keperluan untuk semikonduktor yang tinggi sejak sedekad lalu. Hari ini Samsung Electronics mengumumkan pemotongan pengeluaran cip selepas keuntungan syarikat diramalkan menyusut 96% pada Q1 2023.

Samsung dianggarkan hanya menjana 600 billion won (~RM2 bilion) pada suku ini berbanding 14.12 trilion Won (~RM47.1 bilion) pada suku sama tahun lalu. Ini juga adalah pendapatan terendah pernah dicatatkan Samsung Electronics sejak 2009. Lebih merisaukan perniagaan cip Samsung mencatatkan kerugian 4 trilion Won (~RM13.3 bilion) sedangkan selama ini ialah yang menjana pendapatan yang tinggi untuk syarikat.

Pengurangan pendapatan adalah disebabkan kurangnya permintaan untuk cip disebabkan oleh faktor ekonomi dunia. Pelanggan tidak membeli stok memori baharu kerana mereka juga berhadapan dengan masalah kurangnya permintaan. Akibatnya wujud lambakan stok dengan harga menjunam. Situasi yang terbaik seperti di pertengahan pandemik lalu.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.