Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Dan Google Bekerjasama Membanteras Penyalahgunaan AirTags Untuk Mengintip - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Dan Google Bekerjasama Membanteras Penyalahgunaan AirTags Untuk Mengintip


Apple AirTag dan Samsung Galaxy SmartTag dilancarkan dua tahun lalu untuk memudahkan harta peribadi dijejak sekiranya hilang. Tetapi sejurus selepas kedua-duanya dilancarkan, muncul laporan ia disalahgunakan penjenayah untuk mencuri kenderaan. Dalam isu lebih serius AirTag digunakan untuk menjejak pergerakan wanita tanpa disedari oleh mereka yang menimbulkan isu privasi yang serius.

AirTag iPhone

Menyedari hakikat in, Apple dan Google mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan melakukan kerjasama bagi membanteras penyalahgunaan peranti penjejak objek seperti AirTags. Kedua-dua syarikat gergasi ini telah memfailkan draf saranan untuk mewujudkan satu standard untuk peranti penjejak objek. Ia turu disokong oleh pengeluar seperti Samsung, Tile, Chipolo, eufy Security, dan Pebblebee.

Menerusinya peranti penjejak objek boleh dikesan sekiranya ia digunakan untuk tujuan pengintipan pada peranti iOS dan Android. Apple dan Google telah menghantar spesifikasi kepada  Internet Engineering Task Force (IETF) dengan sasaran memperkenalkannya pada peranti iOS dan Android menjelang penghujung 2023.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.