Skuter Elektrik BMW CE 04 Kini Rasmi Dijual Pada Harga RM59,500
Awal bulan Januari tahun ini BMW Motorrad telah mengumumkan perancangan mereka untuk membawa masuk skuter elektrik BMW CE 04 dan di acara Malaysia Autoshow hari ini, mereka telah mengumumkan harga rasmi BMW CE 04 iaitu RM 59,500 tidak termasuk insurans.
Harga yang diumumkan adalah termasuk jaminan selama 3 tahun dan juga bantuan perkhidmatan jalanan selama 3 tahun. Sebagai perkiraan, sekiranya pembeli memilih pelan pinjaman dari BMW Financing Services, pembeli hanya perlu membayar bermula RM 728 sebulan berdasarkan pinjaman 80% untuk tempoh selama 4 tahun.
Pengecas skuter ini turut dipamerkan pada acara ini, dan dijual pada harga RM 3,411.90. Pengecas ini akan mengambil masa sekitar 4 jam 20 minit dengan penggunaan kuasa 2.3kW untuk mengecas penuh skuter ini. Bateri BMW CE 04 adalah berkapasiti 8.9kW yang boleh memberikan jarak operasi sehingga 130km.
Buat masa ini, tiada maklumat berkenaan harga untuk aksesori pilihan berlainan bagi skuter ini seperti ruang storan, rak bagasi, dan juga kabel pengecasan pantas. Kabel pengecasan pantas 6.9kW bakal membolehkan pengecasan skuter ini mengambil masa sekitar 1 jam 40 minit namun tiada maklumat lanjut berkenaan harganya.
Dengan pengumuman harga skuter elektrik BMW CE 04 ini, mungkin kita bakal dapat melihatnya memecut di jalanraya tidak lama lagi dikuasakan enjin elektrik yang memberikan kuasa maksima 31 kW (42PS) dan 62Nm tork membolehkan pecutan dari 0 ke 50km/j dalam masa 2.6 saat serta kelajuan maksimum 120km/j.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment