Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sharp AQUOS XLED Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM15999 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sharp AQUOS XLED Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM15999


Sharp Malaysia hari ini melancarkan televisyen AQUAS XLED sebagai tarikan utama baharu dengan memberi tumpuan kepada pengalaman hiburan yang premium. Selain itu, ia juga selari dengan tujuan Sharp yang sentiasa mempelbagaikan perkhidmatan untuk pengalaman penggunaan lebih baik.

AQUOS XLED ini memberi fokus terhadap inovasi kualiti imej, bunyi dan rekaan yang cukup baik. Ia hadir dengan panel Xtreme Mini LED yang juga dibantu oleh teknologi Deep Chroma QD. Hal ini bertujuan untuk membuat paparan lebih jitu bersama kontras warna yang memuaskan sekaligus menyediakan pengalaman tontonan yang berkualiti.

Televisyen ini juga mampu memaparkan visual pada resolusi 4K yang juga menyokong beberapa fungsi tambahan lain seperti kadar segar semula 120Hz, Dolby Vision, mod gaming Auto Low Latency Mode (ALLM) dan Variable Refresh Rate (VRR). Terdapat juga sokongan AMD FreeSync Premium Pro untuk memastikan visual yang tidak terkoyak atau lancar semasa sesi permainan.

Selain daripada itu, AQUOS XLED juga dilengkapi dengan 11 pembesar suara dengan sistem audio ARSS+ yang membolehkan pengalaman audio lebih imersif. Kesemua ciri dan fungsi ini telah dimuatkan ke dalam tubuh sebuah televisyen cukup nipis yang boleh didapati dalam saiz skrin 65-inci serta 75-inci.

Bagi yang berminat, AQUOS XLED 65″ boleh dibeli dengan harga RM15,999 dan ketersediaan bermula sekarang. Sementara itu, AQUOS XLED 75″ pula berharga RM24,999 yang akan tersedia bermula bulan Julai akan datang. Lebih menarik apabila Sharp turut menawarkan DJI Mini 3 (bernilai RM2399) secara percuma untuk pembelian AQUS XLED 65″ yang dibuat di antara tarikh 18 – 31 Mei 2023.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.