Hi! Welcome Back and Stay Tune! AWS Bekerjasama Dengan KPT – Memudahkan Pengurusan Kandungan Pembelajaran Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AWS Bekerjasama Dengan KPT – Memudahkan Pengurusan Kandungan Pembelajaran Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti


Dalam kemaskini lain di acara AWS ASEAN Summit, mereka turut berkongsi mengenai kerjasama mereka dengan kerajaan Malaysia, sejajar dengan persetujuan mereka tahun lepas dalam mempercepat pertumbuhan perkomputeran awan untuk sektor awam pada bulan May 2022.

Salah satunya adalah kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dalam memindahkan platform pengurusan pembelajaran untuk Politeknik dan juga Kolej Komuniti. Pemindahan sistem platform pengurusan pembelajaran ini termasuklah dari segi kandungan pembelajaran ataas talian, pengurusan dan pentadbiran 36 Politeknik dan 105 Kolej Komuniti yang melibatkan lebih dari 150,000 pengguna aktif yang terdiri dari pelajar dan tenaga pengajar. 

Lebih dari itu, terdapat program seperti AWS Educate dan AWS Academy yang turut memperkaya pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti dengan pengetahuan perkomputeran awan dan juga pembelajaran mesin, membolehkan mereka turut menyertai program AWS yang lain seperti AWS DeepRacer iaitu kereta lumbar miniatur bagi menguji Reinforced Learning.

Implementasi perkhidmatan ini dan juga perkembangan kerjasama diantara Kementerian Pengajian Tinggi dan juga AWS dilihat dapat memacu perkembangan digital pelajar tempatan, disamping menyediakan infrastruktur awan yang teguh dan sentiasa tersedia diakses sepanjang hari. 



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.