Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Passkey Diaktifkan Bagi Menggantikan Kata Laluan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Passkey Diaktifkan Bagi Menggantikan Kata Laluan


Secara purata setiap insan di muka bumi mempunyai 8.4 akaun media sosial setiap satunya perlu mempunyai kata laluan tersendiri bagi memastikan ia sukar dirampas oleh penggodam. Proses ini sukar dengan ia perlu ditukar dengan kerap bagi meningkatkan lagi sekuriti. Hari ini Google mengaktifkan Passkey yang akan menggantikan keperluan menaip kata laluan apabila ingin menggunakan akaun.

Passkey ialah pengganti kata laluan yang disokong juga oleh FIDO Alliance, Apple dan Microsoft. Menerusinya akaun boleh di log masuk menggunakan imbasan biometri jari, Face ID atau pin skrin kunci peranti. Ia disokong pada peranti Android dan iOS bermula pagi ini.  Kerana ia menggunakan sistem biometri, Passkey adalah lebih selamat berbanding sistem 2FA menggunakan SMS yang boleh dipintas.

Google Passkey boleh diaktifkan untuk semua pemegang akaun Google sekarang dengan pergi ke g.co/passkeys. Pemilik masih boleh menggunakan sistem pengesahan kata laluan dan 2FA sekiranya perlu kerana penggunaan Passkey masih belum diwajibkan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.