Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nokia XR21 Diperkenalkan Dengan Rekaan Tahan Lasak, Serta Piawaian IP69K - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nokia XR21 Diperkenalkan Dengan Rekaan Tahan Lasak, Serta Piawaian IP69K


Nokia nampaknya ingin meneruskan legasi ketahanan binaan telefon mereka, melalui telefon terbaru dinamakan Nokia XR21. Buat masa ini, ia hanya diperkenalkan di UK sahaja, dan tidak diketahui bilakah akan dipasarkan di negara-negara lain.

Nokia XR21 memfokuskan kepada ketahanan dan kebolehan untuk menggunakannya ketika tugasan atau aktiviti lasak.

Ia hadir dengan pensijilan ketahanan MIL-STD-810H, disamping turut hadir dengan sokongan kalis air dan debu IP69K – yang menawarkan perlindungan daripada tekanan air yang tinggi.

Dari segi spesifikasi, Nokia XR21 hadir dengan skrin 6.49-inci LCD yang turut menyokong kadar segar semula 120Hz, dilengkapi cip Snapdragon 695 5G, memori sehingga 6GB RAM serta storan 128GB.

Ia hadir dengan kamera utama 64-megapixel dibelakang yang turut dilengkapkan dengan sensor ultra-lebar 8MP. Untuk rakaman swafoto pula, ia menyertakan kamera 16-megapixel.

Melengkapkan telefon ini juga adalah bateri 4800mAh dengan pengecasan 33W. Nokia XR21 turut hadir dengan sokongan NFC, serta bicu audio 3.5mm.

Pada bahagian perisian, Nokia XR21 menggunakan Android 12, dan pihak HMD menjanjikan kemaskini tiga sistem operasi utama untuk model telefon ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan. Di UK, Nokia XR21 disenaraikan pada harga £499.00, iaitu sekitar RM2,700.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.