Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bard Pada Google Messages Boleh Bantu Balas Mesej Dengan Nada Berbeza - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bard Pada Google Messages Boleh Bantu Balas Mesej Dengan Nada Berbeza


Dua bulan lepas 9to5Google mendedahkan yang Google mungkin akan mengintegrasikan Bard pada aplikasi pemesejan mereka Google Messages. Bard adalah perkhidmatan kecerdasan buatan tersendiri Google bagi bersaing dengan ChatGPT.

Baru-baru ini pihak 9to5Google menemui bukti yang ciri ini tidak akan menggunakan nama Bard. Tetapi akan menggunakan nama Magic Compose.

Ciri ini dikatakan masih lagi di tahap ujian dan ia boleh membantu pengguna membalas mesej dengan nada berbeza. Misalnya dalam nada yang tenang (chill), gembira (excited), balas dalam bentuk lirik, formal dan banyak lagi.

Cara menggunakan adalah mudah sahaja iaitu di ruang menaip akan ada ikon mesej atau pensel yang bersinar. Tekan sahaja dan teks dengan nada berbeza akan terus dijana memberi pengguna pilihan ingin menggunakan yang mana satu.

Buat masa ini masih tidak pasti jika Magic Compose akan diberikan kepada semua orang atau seperti Bard yang terhad kepada negara terpilih sahaja.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.