Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ciapan Pada Twitter Circle Disahkan Akan Muncul Dalam Tab For You - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ciapan Pada Twitter Circle Disahkan Akan Muncul Dalam Tab For You


Twitter Circle adalah ciri yang membenarkan pengguna menciap kepada individu yang dimasukkan dalam kumpulan kecil peribadi sahaja. Ini membolehkan pengguna berkongsi rahsia kepada orang yang terpilih dan ciapan tidak didedahkan kepada umum.

Tetapi bulan lepas TechCrunch melaporkan yang ciapan dalam Twitter Circle boleh muncul pada tab For You. Malah ada juga kes ciapan Twitter Circle dilihat oleh pengguna yang tidak dikenali.

TechCrunch baru-baru ini ada melaporkan yang Twitter telah mengesahkan yang ciapan pada Twitter Circle mempunyai pepijat yang membolehkannya muncul pada tab For You untuk dilihat oleh orang ramai. Ciapan ini boleh diketahui dikhususkan untuk Twitter Circle kerana butang retweet yang dimatikan dan ada label berwarna hijau memberitahu “Hanya orang dalam Kumpulan Twitter … dapat melihat Tweet ini”.

Walau bagaimanapun sumber menyatakan Twitter telah pun mengenalpasti masalah ini dan isu telah pun diperbaiki. Jadi jika anda yakin dengan Twitter Circle anda kini boleh kembali berkongsi rahsia atau bergosip dengan individu yang anda pilih.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.