Hi! Welcome Back and Stay Tune! Instagram Kini Menguji Ciri Perkongsian Gambar Dengan Rakan Rapat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Instagram Kini Menguji Ciri Perkongsian Gambar Dengan Rakan Rapat


Instragam kini dilaporkan sedang menguji ciri perkongsian gambar secara lebih peribadi dan hanya boleh dilihat oleh rakan terpilih. Ini bermakna pengguna kelak boleh berkongsi serta memuatnaik pelbagai jenis kandungan secara bebas tanpa perlu risau dilihat oleh orang ramai kecuali rakan terdekat yang terpilih.

Ciri ini boleh diakses menerusi ruang ‘New Post’ yang kelak turut memuatkan tab baharu dinamakan ‘Audience’ bagi membolehkan pengguna memilih tetapan perkongsian bersama orang ramai atau rakan rapat (Close Friends) sahaja. Dalam masa sama, terdapat juga kebolehan menambah maklumat eksklusif melaluinya yang turut boleh digunakan untuk tujuan pemasaran.

Pembaharuan baharu ini boleh dianggap menarik khususnya buat mereka yang begitu menjaga privasi kehidupan peribadi namun bilakah ia bakal ditawarkan secara rasmi masih tidak diketahui. Ciri ini juga sebenarnya telah dilancarkan pada Instagram Stories, di mana pengguna juga boleh memuat naik foto atau video untuk rakan rapat.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.