Cip Apple M3 Bakal Hadir Dengan Rekaan 3nm – Mac Pertama Menggunakan Seawal Hujung Tahun 2023
Apple sedia membangunkan cip pemprosesan mereka sendiri sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan sering kali mereka menawarkan kemaskini untuk cip pemprosesan mereka dengan lebih kerap – hampir setiap tahun. Untuk tahun ini, Apple dijangka memperkenalkan kemaskini dengan pengenalan cip terbaru Apple M3.
Mengikut laporan Bloomberg, Apple sedang menguji cip pemprosesan M3 Pro dengan binaan 12 teras CPU, 18 teras GPU, dan menyokong 36GB RAM. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada cip ini akan menjadi versi akhir, atau menawarkan kuasa yang lebih tinggi.
Apple dijangka akan dapat memuatkan bilangan teras yang lebih tinggi berbanding cip sebelum ini, dengan membawa rekaan 3-nanometer pada cip Apple M3 kelak. Ini sekaligus akan menawarkan prestasi lebih baik, dan pemprosesan lebih efisien.
Mengikut spekulasi awal, Apple mungkin memperkenalkan Mac pertama yang berasaskan cip Apple M3 ini seawal penghujung 2023 kelak, atau pada awal 2024. Seperti sebelum ini, kita mungkin melihat penawaran MacBook Air, iMac dan MacBook Pro berasaskan cip ini diperkenalkan gergasi teknologi ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment