Hi! Welcome Back and Stay Tune! ZOTAC GeForce RTX 4070 AMP AIRO Edisi Spider-Man: Across The Spider-verse Kini Ditawarkan Pada Harga RM3399 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ZOTAC GeForce RTX 4070 AMP AIRO Edisi Spider-Man: Across The Spider-verse Kini Ditawarkan Pada Harga RM3399


Filem animasi Spider-Man: Across The Spider-verse akan ditayangkan sekitar 2 Jun kelak, dan ZOTAC dilihat sedang mengambil kesempatan keatasnya dengan memperkenalkan kad grafik bertemakan filem tersebut,

Kad grafik tersebut ialah ZOTAC GeForce RTX 4070 AMP AIRO Spider-Man: Across The Spider-verse Edition yang dibangunkan berasaskan kad grafik ZOTAC GeForce RTX 4070 AMP AIRO yang diperkenalkan sebelum ini.

Ia hadir dengan rekaan yang mempunyai lengkungan yang unik, dan menggunakan sistem penyejukan IceStorm 2.0 yang hadir dengan tiga kipas penyejuk dan bongkah penyejukan bersama paip haba yang mengalirkan haba daripada komponen dalaman seperti GPU dan VRAM.

Dari segi kemampuan grafik, kad grafik ini dilihat boleh menggerakkan permainan pada resolusi 1440p dengan kadar segar semula paparan yang tinggi dengan tetapan grafik yang tinggi juga tanpa masalah.

Apa yang menjadikan kad edisi ini unik ialah ia tampil dengan plat belakang magnetik bertemakan filem Across The Spider-verse yang boleh dilekapkan kepada kad grafik ini, dan juga lambang-lambang Spider-Man yang boleh dilihat pada bahagian kipas-kipas kad grafik ini.

Dalam pada itu, ia juga tampil dengan pilihan figura kecil yang akan diberikan secara rawak, dan beg kecil yang boleh digunakan untuk menyimpan barang ataupun dibawa keluar untuk membeli barang runcit.

Sun Cycle, pengedar perkakasan jenama ZOTAC di Malaysia mengumumkan bahawa kad grafik ini sudahpun mula ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM3399.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.