Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sebuah Lagi Syarikat Swasta Ingin Membina Stesen Angkasa Lepas Menjelang 2025 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sebuah Lagi Syarikat Swasta Ingin Membina Stesen Angkasa Lepas Menjelang 2025


Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) akan beroperasi sehingga sekurang-kurangnya sehingga 2030 selepas Roscosmos bersetuju meneruskan kerjasama dengan NASA, ESA, CSA dan JAXA. Tetapi selepas itu masa depan stesen angkasa di bawah agensi kerajaan semakin kabur. Beberapa syarikat swasta kini mempunyai perancangan melancarkan stesen angkasa mereka sendiri.

Vast sebuah syarikat dari Amerika Syarikat mempunyai perancangan melancarkan stesen angkasa mereka seawal Ogos 2025. Stesen Haven-1 boleh menempatkan sehingga 4 orang angkasawan selama 20 hari. Modul pertama akan dilancarkan menggunakan roket Falcon 9. Ia adalah bahagian pertama stesen yang akan membentuk stesen angkasa sepanjang 100 meter.

Bahagian lain stesen Haven-1 akan dilancarkan pula menggunakan kapal angkasa Starship oleh SpaceX. Perancangan syarikat ini masih belum cukup jelas kerana Starship masih belum beroperasi sepenuhnya dengan pelancaran pertama berakhir dengan kegagalan di Texas.

Selain Vast, Blue Origin, Airbus, Spacelab, dan The Gateway Foundation adalah antara syarikat swasta lain yang turut mempunyai perancangan membina stesen angkasa lepas sebelum 2030.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.