Oppo Dan OnePlus Dilaporkan Akan Menarik Diri Dari Pasaran Perancis
Tahun lalu Oppo menarik diri dari pasaran Jerman kerana isu mengenai paten teknologi telekomunikasi yang dipegang oleh Nokia. Pagi ini muncul laporkan Fandroid yang mendakwa Oppo dan OnePlus kedua-duanya akan menarik diri daripada pasaran Perancis pula. Maklumat diterima daripada subkontraktor Oppo yang mengatakan kontrak mereka tidak diperbaharui selepas 30 Jun.
Peranti Find X dan Reno 8 juga masih belum dipasarkan di Perancis walaupun sudah lama dilancarkan. Sementara jualan untuk Find N2 Flip hanya dilakukan secara atas talian. Pada yang sama stok peranti yang telah habis dijual di Perancis tidak ditambah oleh Oppo.
Oppo menafikan mereka akan menarik diri daripada pasaran Eropah sebelum ini kerana isu mengenai hak penggunaan teknologi yang dimiliki oleh Nokia.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment