Restoran Wendy’s Menggantikan Pekerja Pandu Lalu Dengan AI Google
Kecerdasan buatan telah menggantikan tugas tutor, penulis, penganalisa dan pelbagai lagi kerja yang dianggap sebagai leceh oleh manusia. Seterusnya pekerja pandu lalu di restoran pula akan digantikan dengan restoran makanan segera Wendy’s memulakan ujian Wendy’s FreshAI dengan bantuan Google.
Wendy’s FreshAI ialah sebuah chatbot yang dibangunkan menggunakan LLM Google. Ia dilatih untuk memahami pesanan pelanggan Wendy’s di lorong pandu lalu. Ia boleh memahami terma-terma pendek yang digunakan pelanggan untuk memesan makanan kegemaran mereka.
Dalam gambar yang dikongsi oleh Wendy’s, sebuah skrin LCD gergasi diletakkan di lorong pandu lalu. Pelanggan akan bercakap dengan Wendy’s FreshAI seperti mereka memberikan pesanan kepada pekerja manusia menerusi speaker sedia ada. Pesanan yang dilakukan akan dipaparkan pada skrin sebagai pengesahan. Ujian rintis akan dilakukan pada Jun ini di sebuah restoran di Ohio.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment