Kelab Greenboc
Kelab Greenboc |
PAS Semakin Cauvinistik Semenjak Rapat Dengan UMNO Posted: 28 May 2016 12:28 AM PDT
DAP Memusuhi Islam - Hadi Awang
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa Anggota Parlimen DAP yang mempertikaikan usul yang dibawanya mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat kelmarin adalah tidak beradab dan ingin memusuhi Islam. Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang menegaskan tindakan DAP yang terus melenting sebaik usul itu dibentang semalam menunjukkan sifat mereka yang biadab dan anti Islam. Sedangkan katanya, terdapat parti bukan Islam seperti MCA, Gerakan dan MIC juga kadangkala tidak bersetuju dengan agenda orang Islam namun mereka lebih tertib dan beradab jika mereka tidak bersetuju dengan hal berkenaan. "DAP telah menunjukkan sikap anti Islamnya. DAP tidak ada adab dan dia terus melenting dan menentang (usul berkenaan). Pada hal usul ini tidak berkait dengan orang bukan Islam pun. "Saya turut kesal dengan PAN (Parti Amanah Negara) yang digunakan DAP dalam hal ini kerana telah melanggar sempadan agama sendiri demi kepentingan politik," katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia di sini, Jumaat. Semalam Abdul Hadi membentangkan usul berkenaan di Dewan Rakyat dengan tujuan memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini. Dalam rang undang-undang ahli persendirian yang kali pertama dalam sejarah dibentangkan oleh wakil pembangkang itu, Abdul Hadi mencadangkan supaya Seksyen 2 rang undang-undang berkenaan digantikan dengan seksyen baharu. Dengan pindaan itu, Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Undang-undang Persekutuan. Bagaimanapun, sebelum ia dibentang oleh Abdul Hadi, beberapa wakil pembangkang termasuk Anthony Loke (DAP-Seremban), Teresa Kok (DAP-Seputeh), Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching), Khalid Abdul Samad (PAN-Shah Alam) dan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) bangkit untuk mempertikaikan mengapa usul yang dibawa Abdul Hadi itu didahulukan sedangkan ia berada di kedudukan ke-15 atau terakhir dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat semalam. Tan Sri Pandikar Amin Mulia seterusnya membenarkan ia dibentang atas budi bicara beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat. Ditanya adakah tindakan membentangkan usul tersebut sebagai gimik politik menjelang pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Abdul Hadi berkata ia tidak ada kena mengena dengan politik. Abdul Hadi berkata ini bukan kali pertama usul itu dibentang kerana beliau pernah membawanya ke Parlimen sebelum ini. "Kalau ini satu gimik politik sudah tentu ia akan menakutkan PAS sebab mungkin akan kehilangan undi orang bukan Islam. "Tetapi ini tidak ada kaitan dengan pilihan raya sebab ia pernah dibawa ke Parlimen pada tahun 1995 dan seingat saya titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini pernah menyatakan perlunya peranan Mahkamah Syariah dimartabatkan," jelasnya.- Bernama
ULASAN GB PAS sudah jauh dari kebenaran dan keadilan. Semenjak berpisah dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan (dahulu Pakatan Rakyat), dan merapati dirinya dengan UMNO, PAS sudah menjadi menjadi parti perkauman. Malah ada ketikanya lebih cauvinistik dari UMNO sendiri. Di dalam isu penolakan DAP terhadap usul RUU EKJS, (EJKS bukan hudud tetapi para pascai menggembar-gemburkannya sebagai hudud, sejarah tercipta kata mereka) bukankah sebelum ini Haji Hadi sendiri menyatakan bahawa DAP berhak untuk menolak hudud? Jadi mengapa tuduh DAP anti-Islam, memusuhi Islam? Yang MCA, Gerakan, MIC, SUPP tidak pula diserang walaupun mereka telah membuat pendirian tegas menolak usul berkenaan. PAS telah gagal di dalam menjaga keharmonian kaum di dalam negara. Slogannya dahulu PAS FOR ALL sudah hancur berkecai. PAS kini hanya untuk orang Islam, itu pun hanya yang taksub kepada presidennya. Yang lain habis dimakinya dengan barua, brokoer, tolol, anjing, babi, penkhianat dan sebagainya. PAS menjadi semakin cauvinistik semenjak berkawan rapat dengan parti yang dhulu dituduhnya berjuang di atas dasar "assabiyah" iaitu UMNO. Sekarang PAS saling tak tumpah dengan UMNO. Di media sosial lebih parah lagi. Para ahli dan penyokong PAS lansung tidak mempamerkan akhlak Islam. Mereka senada dengan Presidennya memfitnah dan memaki hamun AMANAH kerana AMANAH meneruskan tahaluf dengan DAP. AMANAH akan tetap bersama-sama dengan parti-parti bukan Islam, bukan menjadi khadam mereka seperti yang dituduh oleh Presiden PAS. Dahulu UMNO pun turut menuduh PAS khadam dan balaci DAP apabila PAS berbaik dengan DAP di dalam Pakatan Rakyat. PAS terlupa? Sekarang PAS menggunakan modal UMNO untuk menghentam AMANAH. AMANAH akan tetap meneruskan tahaluf dengan DAP dan PKR di dalam PH. Masa depan Malaysia tetap berada kepada keharmonian ketiga-tiga kaum yang terbesar di negara ini. AMANAH memegang kepada kata-kata Syeikh Yusof Al-Qardhawi yang memberi fatwa "tegakkan kehidupan dan kebajikan Islam dahulu, bukan hudud." Dr. Zakir Naik sewaktu diajukan soalan mengenai hudud di Malaysia sewaktu berceramah di UTEM menjawab: Kita sibuk nak buat hudud, sedangkan tuntutan Allah supaya umat islam bersatu dan jangan berpecah belah tak nak dilakukan. Apa yang disarankan oleh kedua-dua tokoh ulama besar antarabangsa itu, itulah yang dilakukan oleh AMANAH sekarang, perkara-perkara yang telah diabai dan tinggalkan oleh UMNO dan PAS. |
Private Bill: Senjata Makan Tuan - Exco Kedah Keluar MCA, UMNO PAS Kelam Kabut Posted: 27 May 2016 07:14 PM PDT
Salah faham besar rakan BN berhubung RUU hudud, kata PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengakui terdapat "salah faham" di kalangan parti-parti komponen BN mengenai rang undang-undang ahli persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, semalam. Katanya, apa yang dibentangkan bukan undang-undang hudud tetapi pindaan yang menjurus ke arah pemerkasaan sistem hukuman yang tertakluk di bawah Mahkamah Syariah. "Kita dah bagi tahu kepada rakan kita di BN, pertama ada salah faham yang besar bahawa apabila Hadi bawa rang undang-udang persendirian itu, mereka pandang bahawa dia bawa undang-undang hudud. "Label dan kaitan dengan Hadi terlalu rapat dengan soal hudud... jadi bila dia bangkit je orang ingat automatik hudud," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno. Rang undang-undang persendirian Hadi bertujuan untuk meminda Akta 355 mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah. Dalam satu langkah yang luar biasa di Parlimen semalam, kerajaan mempercepatkan rang undang-undang itu walaupun ia disenaraikan sebagai perkara terakhir di atas kertas perintah Dewan Rakyat. Ini mendorong tindak balas segera daripada pelbagai parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan SUPP, yang membidas langkah itu. Najib juga diminta mengulas tindakan Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Leong Yong Kong yang meletak jawatan dan keluar parti sebagai tanda bantahan terhadap pembentangan usul persendirian itu. "Ini yang nak saya terangkan di sini, bahawa pindaan (yang di bawa) itu bukan hukum hudud. "Ia merupakan apa yang di katakan sebagai 'enhanced punishment', peningkatan hukuman daripada enam kali rotan kepada beberapa kali, tertakluk kepada kesalahan tertentu," katanya. Menurut Najib, rang undang-undang itu cuma melibatkan Mahkamah Syariah dan hanya orang Islam serta tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam. "Kaedah rotan dalam Islam pun tidak sampai nak cederakan, dia punya kaedah yang agak terbatas dari segi cara nak kenakan hukuman," katanya. -mk
ULASAN GB Pakat punya pakat, akhirnya tersembur ke muka masing-masing. PAS-UMNO kelam kabut apabila seorang exco MCA di Kedah meletakkan jawatan dan keluar parti terus. Pindaan EKJS 355 itu memang bukan hudud. Dan oleh kerana ia bukan hudud dan hanya Private Bill mengenai EKJS, maka tidak salah dan tidak berdosa sesiapa menolaknya. EKJS ialah kanun sekular untuk umat Islam. Sebelum ini pun GB telah menyatakan bahawa: EKJS itu ialah "enakmen" yang digubal sebagai kanun di dalam kerangka perundangan sekular untuk umat Islam Jika demikian halnya, maka tidaklah salah dan berdosa untuk mana-mana ahli parlimen beragama Islam menolak Private Bill berkenaan. Kerana ia bukan rang undang-undang hudud. Dan tidak pula salah dan tidak juga menjadi kesan apa-apa untuk mana-mana ahli parlimen bukan-Islam jika mereka menyokongnya. Ia hanya punishment enhancement, tiada kaitan dengan hudud kerana tiada hukuman takzir dan qisas di dalam EKJS. Dihebohkan oleh puak PAS kononnya sejarah telah tercipta. Kononnya hudud akan terlaksana. Dan dihebohkan seantero dunia kononnya AMANAH menentang hudud. Dihebohkan ke satu dunia, kononnya AMANAH ikut cakap DAP, jadi balaci DAP dan sebagainya. Sekarang baru UMNO dan PAS buka mata, bahawa pakatan yang bertujuan untuk jadikan ia isu PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah tidak menjadi. Ia menjadi senjata yang menikam tuan apabila semua parti bukan Islam, bukan sahaja DAP, malah MCA, Gerakan dan MIC menentangnya. Keharmonian kaum tergugat angkara pakatan UMNO-PAS tersebut. Nak menjadikan hukum Islam sebagai "barang jualan", nak menjadikan "agama sebagai modal politik" kini bertukar menjadi malapetaka untuk mereka dan negara juga. Keharmonian kaum tergugat. Semuanya bermula kerana NIAT YANG TIDAK BETUL. Niat UMNO hanyalah untuk memporak-perandakan Pakatan Harapan setelah berjaya menipu PAS yang akhirnya Pakatan Rakyat berkubur. Sememangnya tugas UMNO untuk menghancurkan PR, tetapi yang bangangnya PAS kerana mengikut telunjuk UMNO. Niat yang tak betul di awal perjalanan akhirnya usaha itu akan berantakan di tengah dan hujung jalan, ditambah pula dengan wujudnya gerombolan yang bangang. Hukum Allah nak dipermain-mainkan. Mereka ingat Allah tak tahu niat sebenar mereka itu. Masyarakat bukan-Islam skeptikal terhadap pinaan EKJS kerana ia dilihat batu loncatan ke arah perlaksanaan hudud. Sepatutnya yang diperlu dilakukan ialah penegakkan hidup di atas dasar Islam. Hapuskan gejala rasuah, tingkat kehidupan dan kebajikan rakyat, kurangkan bebanan hutang negara, tingkatkan penerangan mengenai Islam dan sebagainya. Ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusof Al-Qardhawi sudah menasihat tapi PAS dan UMNO mengabaikannya. Syeikh Yusof Al-Qardhawi menyatakan, tegakkan kehidupan dan keabjikan Islam terlebih dahulu bukan hudud. Pendirian AMANAH adalah betul dengan mengikuti fatwa Syeikh Yusof Al-Qardhawi berkenaan. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
from BLOG - BLOG PRO POLITIK http://ift.tt/1sTXGxM
Berita Politik Tempatan Gidei-Giyen-Ginan
Post a Comment