Hi! Welcome Back and Stay Tune! Posto Express Dijenama Semula Kepada Zepto Express – Menawarkan Lebih Pilihan Penghantaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Posto Express Dijenama Semula Kepada Zepto Express – Menawarkan Lebih Pilihan Penghantaran

Pada tahun lepas, perkhidmatan Posto Express telah diperkenalkan yang membolehkan pengguna untuk mendaftar menjadi penghantar barangan, ataupun turut menggunakan perkhidmatan tersebut untuk menghantar barangan. Kini, pada JomLaunch yang diadakan hari ini, pembangunnya mengumumkan penjenamaan semula kepada Zepto Express.

Zepto Express

Zepto Express kini hadir dengan lebih penawaran berbanding sebelum ini. Ia kini tidak lagi terhad kepada penghantaran barangan kecil melalui motosikal sahaja – tetapi juga turut meliputi penghantaran barangan menggunakan kereta, mahupun lori (melalui kerjasama TheLorry).

Zepto Express

Disamping itu, pihak Zepto Express turut menawarkan penghantaran barangan mesra-alam – dimana penghantar menggunakan kaedah menaiki basikal, berjalan kaki ataupun pengangkutan awam untuk tujuan berkenaan. Ciri baru ini lebih kepada ujian sahaja di Malaysia, sementara akan menjadi fokus utama untuk penawaran perkhidmatan mereka di luar kelak.

Zepto Express mengatakan mereka akan memperluaskan penawaran di UK dalam beberapa bulan lagi.

Zepto Express

Untuk mereka yang berminat untuk menjadi penghantar barangan (posmen) atau menggunakan perkhidmatan berkenaan, boleh melayari laman Zepto Express hari ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1TLUcpm

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.