8 Orang Anak Tidak Peduli. Inilah DOA Pakcik Ini Yang Buat Kami MENGALIRKAN AIR MATA !!!
8 Orang Anak Tidak Peduli. Inilah DOA Pakcik Ini Yang Buat Kami MENGALIRKAN AIR MATA !!! | SETIAP tahun bila tiba bulan Ramadan akan ada ramai insan yang pemurah. Seperti kebiasaan, saya pergi menghantar bantuan kepada yang memerlukan. Cuma tahun ini tidak sama seperti tahun-tahun yang lain dan tahun ini pastinya akan kekal dalam ingatan sampai bila-bila.
Biasanya sebelum ni bantuan beras dan barang keperluan akan saya panjangkan ke rumah anak yatim ataupun madrasah seperti diminta oleh yang memberi. Tapi tahun ni tak sama. Saya pergi ke rumah-rumah orang kampung yang mana senarai nama saya dapat daripada pihak masjid. Ada 10 buah rumah yang kami pergi semalam dan pelbagai kisah dan teladan yang kami dapat.
Tetapi rumah pertama yang saya dan rakan-rakan pergi ini akan menjadi ingatan kepada kami. Apabila mengingatinya berlinangan air mata saya.
Kami berhenti di depan sebuah rumah yang agak usang. Kelihatan seorang pemuda sedang sibuk memasukkan besi buruk ke dalam kenderaannya dan juga seorang pakcik tua yang memerhatikan pemuda tu dari depan rumahnya. Kami memberikan salam dan bersalaman dengan pemuda dan pakcik tu sambil di tangan kami membawa sedikit barang untuk disumbangkan dan juga bubur lambuk yang diberikan masjid selepas solat Asar tadi.
“Pakcik apa khabar?,” saya memulakan bicara.
“Ini ada sedikit sumbangan buat pakcik.”
Pakcik itu menjawab salam kami dan mengambil barang yang diberikan. Kemudian beliau masuk sebentar ke dalam rumah untuk menukar pakaian disebabkan beliau hanya bertuala lusuh sewaktu kami sampai tadi.
Kemudian pakcik keluar. Sekali lagi saya terus bertanyakan khabar pada pakcik tu.
“Pakcik sihat? Pakcik duduk sorang aje ke?”
“Pakcik sihat. Anak ini datang dari mana?”
Saya pun menerangkan kami dari mana dan tujuan kami datang. Terpancar sedikit senyuman di raut wajah tua pakcik tu apabila disapa dengan ramah oleh kami ketika berbual.
Saya terus menanyakan soalan lagi, bagi memesrakan keadaan.
Saya bertanya lagi, “anak pakcik tak balik ke?”
Seketika itu juga wajah pakcik tu berubah.
“Anak pakcik ada 8 orang. Sorang pun tak balik tengok pakcik. Apalah nasib pakcik ni,” luahnya.
Kami terus terdiam.
Dan ketika itu jugalah pakcik tu angkat tangan dan berdoa di depan kami.
“Ya Allah, kau cabutlah nyawaku. Dah tak ada gunanya lagi aku hidup. Kau matikanlah aku Ya Allah.”
Kelihatan genangan air mula berkumpul di kelopak mata pakcik tua itu. Kami sedikit tersentak dengan apa yang kami dengar daripada mulut pakcik tu. Tergamam juga melihat keadaan pakcik ketika itu.
Kami kaku seketika. Seorang bapa begitu sedih sehingga meminta Allah mencabut nyawanya kerana sudah lama anaknya tidak pulang ke rumah.
Kami cuba sabarkan dan tenangkan pakcik dengan memberi sedikit nasihat dan harapan. Kami tak kenal pun siapa pakcik ni. Kami tak kenal pun 8 orang anak pakcik ni. Kami tak tau apa kerjaya anak-anak pakcik ni. Kami tak tau apakah harapan yang kami berikan pada pakcik tu untuk menanti kepulangan anaknya adalah harapan palsu atau mampu jadi realiti.
Kami tak tahu sejarah panjang hidup pakcik ini bersama anak-anaknya.
Tapi, saya berdoa pada Allah semoga urusan pakcik ini dipermudahkan. Saya berdoa agar anak pakcik ini pulang untuk menziarahi ayahnya. Saya berdoa agar lebih ramai yang datang membantu pakcik ini.
Kita adalah anak kepada ibu dan bapa kita.
Merekalah yang banyak berbakti kepada kita.
Mungkin tak mudah untuk kita lafazkan kata-kata sayang pada orang tua macam yang mereka ucap pada kita waktu kita kecil dulu. Mungkin juga kita tak mampu memberikan kemewahan pada mereka. Tapi yang pasti kita boleh sentiasa berdoa dan berbuat baik kepada mereka. Pulanglah di hari raya ini demi orang tua kita.
Nota:
Kisah ini adalah pengalaman saudara Aznan Abdul Latiff ketika menyertai program “Sekampit Beras” anjuran Pemuda ISMA Melaka baru-baru ini.
Sumber : www.ismaweb.net
P.S. 1 – Baru Masuk Islam.. Respons Majikannya Buat Dr Zakir Naik PILU !!!
P.S. 2 – Wartawan The Star Dedah BAHAYA Minum Dari Mesin Air Layan Diri Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Kahwin Suami ALIM Di Depan. Rupa-rupanya Malam Itu Suami Saya Sanggup Kunci Pintu Kerana…….
P.S. 4 – Isu D’Herbs KFA… Ini Luahan Warga Pokok Sena Yang Buat Ramai Tumpang SEDIH !!!
P.S. 5 – PANAS….Inilah Pendedahan TERBARU DS Mukhriz Mahathir Tentang Isu 2.6b Yang Buat Ramai Ahli UMNO TERKEJUT !!!
The post 8 Orang Anak Tidak Peduli. Inilah DOA Pakcik Ini Yang Buat Kami MENGALIRKAN AIR MATA !!! appeared first on MY BERITA VIRAL.
from MY BERITA VIRAL http://ift.tt/296SJL7
Post a Comment